Petua Hilangkan Cirit Birit Pada Baby Anda

    Cirit-birit dan muntah-muntah ini mungkin bermakna sistem pertahanan badan sedang diaktifkan kerana telah termasuk bahan asing ke dalam sistem penghadaman seperti jangkitan bakteria ataupun virus, makanan tercemar atau pun bahan-bahan lain yang didapati tidak bersesuaian dengan badan kita.

   Image result for baby cirit birit

  Bila cirit-birit berlaku dehidrasi (pengurangan air) akan berlaku dalam badan.

    Jika bayi mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. (Jika susu formula hendaklah cairkan susu dari biasa).

    Cuba berikan beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit.

    Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

    Jangan berikan ubat anti-cirit-birit tanpa arahan doktor kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

    Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

    Selagi bayi tidak muntah-muntah dengan kerap, boleh berikan makanan pejal. Jika bayi berusia enam bulan atau lebih, boleh berikan makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta.

    Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat.

    Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak jika berlarutan segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan.

    Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu. Ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit.

    Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.

    Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.

    Antaran minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa cirit-birit ialah:
        Garam Oral Rehidrasi (ORS)
        Susu ibu
        Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
        Sup
        Air nasi (air didih)
        Air buah-buahan
        Teh cair
        Air kelapa muda
        Perbanyakkan meminum air masak


   Image result for teh o
 Sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan sekerap mungkin selepas menukar lampin anak. Bersihkan juga lapik yang digunakan ketika menukar lampin.

    Untuk mengelak dubur bayi menjadi merah dan rengsa, lap secara perlahan-lahan dengan menekap tuala lembut di bahagian berkenaan. Jika perlu, sapukan krim atau jeli petroleum dan mandikan anak dengan air suam.


Antara Petua-Petua Lain Hilangkan Cirit-Birit Anak.
Ini ada beberapa petua untuk hilangkan cirit-birit sekadar untuk rujukan Ida. Boleh cuba. Tapi jika berlarutan kene dapatkan rawatan doktor cepat-cepat.
1.  1 sudu tepung gandum dibancuh dengan segelas air suam. Bila semua sudah larut boleh la diberi bayi minum. Boleh juga masukkan dalam botol susu, supaya senang minum. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Boleh diamalkan untuk semua peringkat umur.

2.  Rebus kentang sehingga empuk tanpa ditambah garam atau perisa lain dan dimakan. InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.

0 Response to "Petua Hilangkan Cirit Birit Pada Baby Anda"

Post a Comment