Antara Cara-Cara Dan Adab Ketika Memandikan Bayi Baru Lahir
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas
lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir
supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air
tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak
dicuci dengan air.
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi
baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas
sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama
Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh
Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian
adalahtatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga
40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting
dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1.
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut
fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas
belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki,
seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan
lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan
membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan
dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari
belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan,
supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa
menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan
digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6.
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh
melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya
mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir,
dilakukan ke atas dada seterusnya sehingga ke bawah. Tidak digalakkan
menyapu sabun kepada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana
bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan
seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai
mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap
dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh
menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah
paru-paru lemah.
Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.
Wallahua’lam…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Antara Cara-Cara Dan Adab Ketika Memandikan Bayi Baru Lahir"
Post a Comment